Kelemumur adalah masalah yang hampir dialamai oleh semua orang terutama yang sudah akil-baligh. Kelemumur yang juga selalu menyebabkan kegatalan pada kulit kepala boleh membuatkan mereka yang ada masalah kelemumur berasa kurang selesa. Oleh itu, kelemumur hendaklah dirawat terutama sekali jika sudah kronik.
Kali ini, anda akan mengetahui cara menghilangkan kelemumur menggunakan garam. Garam adalah sejenis bahan antibakteria. Selain untuk menambah rasa dalam masakan, garam telah digunakan untuk menghapuskan kuman di luka, kuku bercagu, dan lain-lain termasuklah sebagai salah-satu cara untuk mengatasi masalah kelemumur di kulit kepala.
(IKLAN: Hilangkan Kelemumur dengan Maple Holistics Sage Shampoo)
Jika anda belum mengetahui definisi kelemumur, disarankan untuk mengetahuinya dengan mencarinya di artikel sebelum ini. Sekarang, kita teruskan.
Cara-cara Untuk Menghilangkan Kelemumur Menggunakan Garam.
Cara Pertama, Dengan Air Suam dan Garam.
1. Panaskan Air Sehingga Suam.
2. Kemudian, masukkan tiga sudu teh garam ke dalam air tersebut. Kacaukan.
3. Apabila suhu air mula menurun kepada suhu biasa, bilas kulit kepala anda menggunakan air tersebut dan urut selama lima hingga lapan minit.
4. Setelah itu, cuci rambut anda menggunakan syampu sama ada syampu biasa, atau syampu yang khusus untuk merawat kelemumur.
Cara Kedua, Dengan Syampu dan Garam.
1. Campurkan satu sudu teh garam bersama syampu di tangan anda.
2. Kemudian, urut kulit kepala anda menggunakan campuran syampu dan garam tadi dengan lembut dan membulat. Luangkan masa beberapa minit untuk melakukannya.
3. Bilas rambut anda sehingga bersih.
(IKLAN: Hilangkan Kelemumur dengan Maple Holistics Sage Shampoo)
Cara Ketiga Menggunakan Syampu dan Garam Epsom.
1. Urut kulit kepala anda menggunakan beberapa sudu teh garam Epsom selama dua hingga tiga minit.
2. Setelah anda sudah selesai mengurut kulit kepala, syampu rambut anda dengan segera.
3. Tunggu selama 30 hingga 60 saat sebelum bilas.
(IKLAN: Hilangkan Kelemumur dengan Maple Holistics Sage Shampoo)
Garam Epsom dapat membantu anda menyingkirkan sel-sel kulit mati di kulit kepala. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan syampu khas untuk kelemumur.
Cara Keempat Dengan Meminum Air dan Sedikit Garam.
Ada boleh meminum air bersama sedikit garam untuk mengatasi kelemumur. Salah-satu sebab kecil kenapa seseorang boleh mendapat kelemumur ialah kerana dehidrasi tubuh. Oleh itu, untuk hidrat semula tubuh, tambah sedikit sahaja garam ke dalam air yang sudah dimasak. Namun, jangan terlalu kerap melakukannya kerana risau pula akan menyebabkan tinggi darah.
Kelebihan Menggunakan Garam Untuk Merawat Kelemumur.
Seperti yang dinyatakan di atas, garam adalah sejenis bahan antibakteria. Tetapi, garam juga ada kelebihan-kelebihannya sendiri dalam mengatasi masalah kelemumur di kulit kepala. Salah-satunya ialah ia dapat menyingkirkan sel-sel kulit mati di kulit kepala anda yang sudah terbentuk menjadi kelemumur. Dengan menggunakan cara-cara yang anda telah baca di atas, anda tidak perlu risau lagi tentang kelemumur-kelemumur yang jatuh ke pakaian, bantal dan lain-lain kerana anda sudah berjaya mengurangkannya.
(IKLAN: Hilangkan Kelemumur dengan Maple Holistics Sage Shampoo)
Selain itu, garam juga boleh menyerap lebihan-lebihan minyak di kulit kepala anda. Hal ini akan membuatkan kulit kepala anda kurang berminyak di samping dapat membantu mengurangkan pembentukan kelemumur. Minyak di dahi yang datang daripada rambut juga dapat dikurangkan sekali gus dapat membantu pembentukan jerawat di dahi.
Seterusnya, jika kulit kepala anda lembab dan ada lembapan tambahan, ia boleh menyebabkan pembentukan kulat. Jika anda baca artikel sebelum ini, kulat adalah salah-satu mikroorganisma yang menyebabkan kelemumur. Memandangkan garam dapat menyingkirkan lembapan tambahan, maka secara tidak langsung, kulat ini juga dapat dihalang daripada terbentuk di kulit kepala anda sekali gus dapat mencegah kelemumur.
(IKLAN: Hilangkan Kelemumur dengan Maple Holistics Sage Shampoo)
Selain daripada menggunakan garam, ada beberapa perkara yang anda perlu lakukan untuk mengurangkan masalah kelemumur. Antaranya ialah:
1. Hindari Stress.
Menurut American Academy of Dermatology, berada di dalam keadaan stress dan tertekan dapat merosakkan lagi keadaan kulit termasuklah kulit kepala. Oleh itu, cuba untuk menjauhkan diri anda daripada stress dengan bereakreasi, bermeditasi, yoga, tidur dan makan secukupnya.
2. Kawal Diet Seharian Anda.
Kurangkan makan makanan yang berminyak, coklat dan tenusu. Pastikan anda makan makanan yang mengandungi vitamin B secukupnya. Kekurangkan vitamin B boleh mengakibatkan kelemumur. Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah sayur-sayuran, daging ikan, daging ayam, telur dan lain-lain.
3. Urut Kepala Anda Dengan Lebih Lama Ketika Syampu.
Sesetengah orang hanya mengambil masa yang sekejap untuk mengurut kulit kepala ketika bersyampu. Malah, ada yang hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk melakukannya. Walaupun memakai syampu dengan terlalu banyak boleh menyebabkan kelemumur, anda masih perlu luangkan beberapa minit untuk mengurut kulit kepala anda.
4. Berhati-hati Menggunakan Produk Kosmetik.
Jika anda mengesyaki ada produk kosmetik untuk rambut yang anda rasa ada kemungkinan menyebabkan kelemumur, segeralah berhenti daripada menggunakannya. Nasihatkan orang lain supaya mereka juga dapat lebih berhati-hati.
(IKLAN: Hilangkan Kelemumur dengan Maple Holistics Sage Shampoo)
Apa-apapun, ini hanyalah tips ringkas sahaja. Jika anda mahu dan berkemampuan, anda boleh mendapatkan produk-produk anti kelemumur untuk menghilangka kelemumur di kulit kepala. Tetapi, apa salahnya untuk mencuba kaedah yang tidak memerlukan kos yang tinggi. Walaubagaimanapun, jika masalah kelemumur anda masih teruk dan tiada perubahan setelah mencuba mana-mana kaedah, anda disarankan untuk berjumpa doktor dengan segera.
(IKLAN: Hilangkan Kelemumur dengan Maple Holistics Sage Shampoo)