Monday, 9 October 2017

Tips dan Cara Menghilangkan Kelemumur Berkuping

kelemumur berkuping
Kelemumur berkuping adalah masalah biasa kepada golongan remaja dan orang dewasa. Kelemumur berkuping atau berkeping tidak sama seperti kelemumur biasa. Kelemumur berkuping mungkin tidak sebanyak kelemumur biasa, namun saiznya lebih besar menyebabkan ia lebih mudah dilihat.

Kelemumur berkuping sememangnya wajar untuk dihilangkan dengan pelbagai cara sekirannya anda ingin menjaga imej dan penampilan diri. Keselesaan pada kulit kepala juga harus diutamakan agar diri dapat dijauhkan daripada stress akibat kegatalan yang mana akan menyebabkan gangguan dari segi mental.

Jadi, apakah cara yang baik untuk mengatasi dan menghilangkan kelemumur berkuping pada kulit kepala? Berikut adalah tips-tips mudah untuk menghilangkan kelemumur.

1. Minum Air Mineral Secukupnya.

Kekal berhidrasi. Elakkan diri daripada dehidrasi yang mana sememangnya tidak baik untuk tubuh. Jangan pula terlalu banyak minum minuman yang mengandungi gula supaya tidak terkena diabetis atau kencing manis. Tidak mengkonsumi air yang cukup boleh mengakibatkan kulit tubuh mengering termasuklah kulit kepala. Untuk pengetahuan, kekeringan pada kulit kepala adalah salah-satu faktor pembentukan kelemumur termasuk kelemumur berkuping. Sekali lagi, minumlah air secukupnya apatah lagi untuk kita yang tinggal di negara tropika.

2. Elakkan Diri Daripada Stress.

Seperti yang dinyatakan di artikel bertajuk, 'Cara Menghilangkan Kelemumur Dengan Garam', stress dan tekanan mental dapat memberi kesan yang tidak baik kepada kulit badan. Info ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan American Academy of Dermatology.

Untuk menghindari dan menghilangkan stress, banyak cara untuk melakukannya seperti bermeditasi, teknik-teknik pernafasan tertentu, bereakreasi, mendengar muzik, menonton video lucu dan tidur. Seseorang yang tidak cukup tidur akan lebih cenderung untuk stress.

3. Vitamin B.

Perbanyakkan diri mengkonsumi vitamin B yang mana sememangnya penting untuk menghindari kelemumur termasuklah kelemumur berkuping. Vitamin B boleh didapati melalui sayur-sayuran, telur, daging ayam dan ikan dan lain-lain.

Itu adalah sedikit tips mudah untuk menghindari kelemumur berkuping. Namun, mungkin ada yang ingin mencuba cara-cara untuk menghilangkan kelemumur berkuping menggunakan bahan-bahan semula jadi. Banyak bahan-bahan semula jadi yang boleh digunakan pada kulit kepada dengan tujuan menghilangkan kelemumur melalui khasiat-khasiatnya.

Berikut adalah petua dan cara menghilangkan kelemumur berkuping melalui bahan-bahan semula jadi.

1. Cara Menghilangkan Kelemumur Berkuping Menggunakan Minyak Zaitun.
hilangkan kelemumur berkuping minyak zaitun


Minyak Zaitun mengandungi anti-oksida, vitamin E, vitamin K, vitamin A dan sebagainya. Minyak zaitun juga bahan anti-radang serta berkesan untuk mengatasi kekeringan pada kulit kepala. Khasiatnya dalam melembabkan kulit kepala secara sihat dapat mencegah dan merawat kelemumur yang berpunca daripada kekeringan kulit kepala. Selain itu, minyak zaitun juga dapat merangsang peraliran darah dan boleh menguatkan rambut.

1. Dapatkan sebiji telur dan pisahkan kuning telur daripada putih telur.

2. Campurkan dua sudu madu dan minyak zaitun bersama kuning telur tadi. Jenis madu, biarlah madu asli.

3. Tuangkan ke kulit kepala dan biarkan selama 30 minit.

4. Setelah 30 minit, basuh rambut. Boleh gunakan syampu.

5. Ulang kaedah ini sebanyak tiga kali dalam seminggu.

[Baca Juga: Cara Merawat Kelemumur Menggunakan Minyak Zaitun]

2. Cara Menghilangkan Kelemumur Berkuping Dengan Menggunakan Minyak Kelapa.
hilangkan kelemumur berkuping minyak kelapa


Sudahkah anda membaca artikel Apakah Itu Kelemumur dan Puncanya? Di dalam artikel itu ada dinyatakan bahawa kelemumur berpunca daripada sejenis kulat yang boleh tumbuh secara semula jadi di kulit kepala. Minyak kelapa adalah bahan anti kulat dan boleh mencegah kelemumur berkuping. Ia juga adalah pelembab semula jadi yang dapat mengatasi masalah kekeringan di kulit kepala sama seperti minyak zaitun di samping dapat menguatkan rambut.

1. Basuh rambut menggunakan air bersih dan syampu tapi jangan gunakan perapi. Lebih baik gunakan syampu yang berasaskan herba jika ada.

2. Keringkan rambut. Pastikan betul-betul kering sebelum ke langkah seterusnya.

3. Tuang sedikit minyak kelapa ke kulit kepala sahaja. Jangan pula ke seluruh rambut kerana berminyak. Boleh menggunakan sikat untuk memudahkan proses ini.

4. Urut dan cuci rambut. Ulang kaedah ini seminggu sekali sehingga kelemumur berkuping berjaya diatasi.

[Baca Juga: Hilangkan Kelemumur Dengan Minyak Kelapa]

3. Cara Menghilangkan Kelemumur Berkuping Menggunakan Minyak Zaitun dan Minyak Kelapa.

Kedua-dua bahan ini boleh mengatasi kekeringan rambut di samping mengandungi pelbagai vitamin. Menggabungkan kedua-dua bahan akan menambah lagi khasiat di dalam bahan yang akan anda gunakan untuk kelemumur berkuping.

1. Campurkan kedua-dua bahan ini dalam kuantiti yang sama rata.

2. Tuangkan ke kulit kepala dan akar rambut hingga ke hujung rambut. Boleh urut dengan lembut.

3. Jika ada topi mandi, tutup kepala menggunakannya. Jika tiada, gunakan tuala hangat dan bersih.

4. Biarkan selama dua jam.

5. Cuci kepala menggunakan air bersih dan syampu. Jika ada, gunakan syampu berasaskan herba.

Kaedah ini ada dinyatakan di artikel bertajuk Cara Menghilangkan Kelemumur Menggunakan Minyak Zaitun.

4. Cara Menghilangkan Kelemumur Berkuping Dengan Garam.
hilangkan kelemumur berkuping garam


Garam adalah bahan yang pasti anda miliki di rumah. Garam sebenarnya bahan anti-bakteria. Anda boleh gunakan air garam untuk membasuh luka... jika tahan.

1. Didihkan air untuk membunuh kuman di dalamnya.

2. Apabila sudah suam, masukkan tiga sudu teh garam. Kacaukan.

3. Gunakan air suam itu untuk membilas kulit kepala dan urut selama lima hingga lapan minit. Pastikan anda yakin suhu air itu tidak terlalu panas atau kulit akan melecur.

4. Bersihkan rambut menggunakan air bersih dan syampu.

[Baca Juga: Cara Menghilangkan Kelemumur Dengan Menggunakan Garam]

5. Cara Menghilangkan Kelemumur Menggunakan Gel Lidah Buaya.
hilangkan kelemumur berkuping gel lidah buaya


Gel lidah buaya atau aloe vera adalah bahan yang boleh menentang bakteria dan kulat. Bahan ini juga dapat membersihkan kulit kepala daripada sel-sel kulit mati. Ia juga mengandungi anti-radang dan boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah kegatalan pada kulit kepala yang berpunca daripada kelemumur berkuping.

1. Keluarkan gel daripada lidah buaya.

2. Sapukan gel tersebut ke kulit kepala. Utamakan di bahagian yang kering.

3. Urut kulit kepala bersama gel lidah buaya tadi dengan lembut lalu balut kepala menggunakan tuala bersih yang hangat dan lembab. Biarkan selama beberapa minit.

4. Basuh rambut menggunakan air bersih dan syampu yang anda percayai sehingga bersih.

5. Ulang kaedah ini sebanyak tiga kali dalam seminggu.

[Baca Juga: Cara Menghilangkan Kelemumur Menggunakan Gel Lidah Buaya]

Itu adalah beberapa kaedah yang anda boleh cuba untuk menghilangkan kelemumur berkuping. Ingat, ini adalah petua-petua biasa yang melibatkan bahan semula jadi semata-mata. Jika kelemumur anda masih teruk, sangat disarankan untuk segera berjumpa doktor untuk mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku.

Selain daripada artikel ini, berikut adalah artikel berkaitan tentang cara mengatasi kelemumur.

- Cara Hilangkan Kelemumur Dengan Gel Lidah Buaya
- Cara Hilangkan Kelelemumur Dengan Cuka
- Cara Hilangkan Kelemumur Dengan Lemon
- Punca Kelemumur Berdarah di Kepala
- Adakah Kelemumur Punca Rambut Gugur?