Jadi, apakah kaitan rambut gugur dengan blog ini. Bukankah blog ini sepatutnya membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah kelemumur? Jika anda ada baca artikel sebelum ini, rambut gugur sememangnya berkaitan dengan kelemumur. Secara ringkasnya, kelemumur menyebabkan rasa gatal. Apabila kulit kepala terasa gatal, maka secara normal, sudah tentu kita akan menggarunya bukan? Apa yang akan terjadi jika anda menggaru kulit kepala yang gatal dengan terlalu kuat? Jawapannya akar rambut anda akan kurang kekuatannya dan menjadi lebih mudah untuk gugur.
Sudah tentu, kelemumur tidak menjadi punca utama rambut gugur sebaliknya kegatalan akibat kelemumur adalah penyebabnya seperti yang dinyakatan di atas. Walaubagaimanapun, kelemumur dan rambut gugur tetap saling berkaitan.
Cara-cara Merawat dan Mengatasi Masalah Rambut Gugur.
1. Dengan Menggunakan Telur.
Telur selalu digunakan untuk tujuan kecantikan. Ada sesetengah orang menggunakan telur untuk menyuburkan rambut dan kulit kepala dan ia bukanlah perkara yang menghairankan kerana telur kaya dengan sulfur, fosforus, iodin, zink dan protein yang mana dapat menggalakkan pertumbuhan rambut.
1. Dapatkan sebiji telur dan ambil bahagian putihnya sahaja.
2. Campurkan dengan satu sudu teh minyak zaitun.
3. Kacau dan pukul untuk dibuat pes dan gunakannya di seluruh rambut dan kulit kepala.
4. Biarkan selama 15 hingga 20 minit kemudian bilas dengan menggunakan air suam dan syampu yang kurang pekat.
2. Bawang Putih Untuk Menggalakkan Pertumbuhan Rambut.
Bawang putih mengandungi sulfur yang tinggi. Sebab itulah ia digunakan untuk membuat ubat rambut gugur dan untuk menumbuhkan semula rambut secara tradisional.
1. Tumbuk dan hancurkan beberapa biji bawang putih.
2. Tambahkan minyak kelapa dan didihkan campuran tersebut selama beberapa minit.
3. Tunggu sehingga ia menjadi sedikit sejuk.
4. Gunakannya untuk disapu dan diurut ke kulit kepala.
5. Biarkan selama setengah jam kemudian cuci rambut.
6. Lakukan kaedah ini sebanyak dua kali dalam seminggu.
3. Minyak Kelapa atau Santan.
Kelapa mengandungi pelbagai khasiat yang dapat menggalakkan pertumbuhan rambut dan sebagai perapi semula jadi. Ia mengandungi lemak penting, protein dan mineral yang dapat mengurangkan keguguran rambut di samping kaya dengan potassium dan zat besi. Untuk pengetahuan, minyak kelapa juga boleh digunakan untuk merawat kelemumur. Ia boleh menentang kulat pemyebab kelemumur dan menyuburkan rambut dengan lebih dalam.
Kaedah Pertama.
1. Hangatkan sedikit minyak kelapa dan gunakannya untuk mengurut dari akar rambut hingga ke hujungnya. Lakukan ini ketika minyak zaitun sudah menjadi suam.
2. Tunggu selama sejam lalu cuci rambut anda.
Kaedah Kedua.
1. Dapatkan santan kelapa dan tuangkan sedikit ke bahagian rambut yang anda rasa banyak rambut gugur atau bahagian kepala yang semakin botak.
2. Biarkan ia selama semalaman dan cuci pada keesokan paginya.
[Artikel berkaitan : Cara Mengatasi Kelemumur dengan Minyak Kelapa]
4. Bunga Raya Dapat Merawat Kelemumur dan Rambut Gugur.
Bunga raya boleh menyuburkan rambut, mencegah uban pramatang, merawat kelemumur dan mengawal keguguran rambut.
1. Hancurkan beberapa kuntum bunga raya dan campurkannya dengan minyak kelapa untuk membuat pes.
2. Sapukan pes tersebut ke kulit kepala dan rambut lalu biarkan selama beberapa jam.
3. Cuci rambut anda dengan menggunakan air sejuk dan syampu yang kurang pekat.
5. Jus Daripada Bawang Merah.
Seperti bawang putih, bawang merah juga kaya dengan sulfur yang membantu dan menggalakkan pertumbuhan rambut dengan meningkatkan produksi kolagen. Menggunakan jus daripada bawang merah pada kulit kepala dan mengawal masalah keguguran rambut.
1. Potong sebiji bawang merah dengan nipis dan picit untuk mendapatkan jusnya.
2. Gunakan jus tersebut untuk disapu ke kulit kepala dan biarkannya selama 15 minit.
3. Cuci rambut anda dengan air bersih dan syampu kurang pekat dan biarkan rambut anda kering.
4. Gunakan kaedah ini sebanyak dua kali dalam seminggu.
6. Teh Hijau Untuk Rambut.
Teh hijau mengandungi anti-oksida yang dipercayai dapat menghalang keguguran rambut dan menggalakan rambut untuk tumbuh.
1.Rendam dua beg teh hijau di dalam satu cawan air didih.
2. Tunggu sehingga ia menjadi suam kemudian tuangkan ke rambut.
3. Biarkan selama satu jam sebelum membilas rambut dengan air bersih secara menyeluruh.
7. Minyak Zaitun.
Minyak zaitun mengandungi anti-oksida dan pelbagai vitamin. Selain itu, minyak ini juga dapat merangsang peraliran darah dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia juga dapat menguatkan folikel-folikel rambut dan melindunginya.
1. Hangatkan minyak zaitun tapi jangan terlalu panas atau kulit anda akan melecur. Suhu ideal ialah di bawah 40 darjah Celsius.
2. Gunakannya untuk mengurut kulit kepala.
3. Pakai topi mandi untuk mengekalkan minyak zaitun selama sejam.
4. Cuci rambut anda dengan menggunakan air bersih dan syampu.
[Artikel berkaitan: Cara Menghilangkan Kelemumur Menggunakan Minyak Zaitun]
Itulah adalah tujuh cara untuk merawat rambut gugur. Selain daripada cara-cara yang dinyatakan di atas, ada beberapa lagi perkara yang anda boleh lakukan seperti untuk mengurangkan masalah rambut gugur.....
1. Mengkonsumi Lebih Banyak Protein.
Salah-satu khasiat protein ialah ia bagus untuk rambut. Makanan yang mengandungi protein adalah seperti ikan, soya, telur, brokoli, cendawan, daging dan sebagainya.
2. Jangan Mengelap Rambut dengan Terlalu Kuat.
Mengelap rambut boleh mengurangkan kekuatan akar rambut. Lap rambut dengan lebih lembut selepas mandi atau gunakan pengering rambut atau biarkan sahaja rambut anda kering dengan sendiri.
3. Hindari Stress.
Stress boleh menjadi punca rambut gugur dan kelemumur. Malah, menurut American Academy of Dermatology, stress mempunyai kaitan dalam masalah kulit. Stress boleh dihindari dengan bereakreasi, yoga, meditasi, atau luahkan saja masalah yang anda hidapi kepada kenalan yang dipercayai. Pastikan anda cukup makan dan tidur untuk mengelakkan tekanan.
4. Mengkonsumi Lebih Banyak Vitamin.
Terdapat beberapa jenis vitamin yang dapat membantu mengatasi keguguran rambut. Vitamin-vitamin tersebut ialah vitamin A, vitamin B, Omega-3 dan vitamin E. Gunakan Internet untuk mencari makanan yang mengandungi vitamin ini.
Seperti yang sudah dinyatakan, kelemumur dan rambut gugur saling berkaitan. Jika anda mendapati kelemumur anda adalah punca rambut gugur, silakan ke artikel mengenai cara menghilangkan kememumur melalui pautan-pautan di bawah.
- Hilangkan Kelemumur dengan Garam.
- Hilangkan Kelemumur dengan Lidah Buaya.
- Hilangkan Kelemumur dengan Minyak Kelapa.
- Hilangkan Kelemumur dengan Cuka.
- Hilangkan Kelemumur dengan Lemon.
- Hilangkan Kelemumur dengan Minyak Zaitun.
Silakan share artikel ini ke Facebook. Untuk memudahkan anda, hanya perlu KLIK SINI sahaja.