Biasanya, kelemumur berpunca daripada kulit kepala mengelupas kerana kering. Ia juga disebabkan minyak yang berlebihan, sejenis mikoorganisma seperti kulat dan bakteria. Kadangkala, kelemumur juga menyebabkan kemerahan pada kulit kepala, kerengsaan kulit dan kegatalan.
Kelemumur selalu berpunca daripada kekeringan kulit. Apabila kulit kering, ia akan cuba untuk mengembalikan kelembapan dengan menghasilkan sebum yang boleh mengakibatkan folikel rambut tersumbat. Folikel-folikel rambut ini boleh membawa mikrob yang akan menyebabkan jangkitan bakteria dan kulat dan juga akan menyebabkan Dermatitis Seborrhoeic, psoriasis serta kelemumur.
Dengan menggunakan minyak kelapa di kulit kepala dan rambut, kekeringan dapat diatasi yang mana juga bermaksud kelemumur dapat dihindari. Hal ini kerana kelemumur bermula apabila kulit kepala mengering dan mula mengelupas sedangkan minyak kelapa boleh membantu melembabkan kulit secara dalam. Ia juga mengandungi bahan anti-kulat yang boleh menentang kulat penyebab kelemumur.
Selain itu, minyak kelapa adalah perapi rambut semula jadi. Ia juga mengandungi asid laurik, asid capric dan vitamin E yang mana boleh membantu untuk membina semula rambut, meningkatkan kekuatan rambut dengan mencegah kehilangan protein serta boleh membuatkan rambut anda kelihatan bersinar.
Cara Menghilangkan Kelemumur Dengan Menggunakan Minyak Kelapa.
1. Minyak Kelapa Sahaja.
Kaedah Pertama.
1. Basuh rambut anda tanpa menggunakan sebarang perapi.
2. Keringkan rambut setelah bersyampu dengan betul-betul kering. Anda boleh guna pengering rambut.
3. Tuangkan sedikit minyak kelapa ke kulit kepala tetapi jangan biarkan ia sampai ke seluruh rambut.
4. Cuci rambut anda untuk menghilangkan minyak sebanyak dua kali sehari.
5. Ulang seminggu sekali sehingga kelemumur sudah hilang.
Kaedah Kedua.
1. Dapatkan minyak kelapa yang seratus peratus asli.
2. Hangatkan menggunakan oven atau belanga atau kuali. Jangan terlalu panas atau kulit anda akan melecur.
3. Bila sudah cukup hangat atau suam yang kulit anda boleh tahan, tuangkan atau sapu ke kulit kepala. Cuba untuk tidak membiarkannya terkena rambut atau biarkan hanya terkena sedikit sahaja.
4. Urut kulit kepala dengan lembut dengan menggunakan jari.
5. Balut kepala anda dengan tuala bersih dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.
6. Kemudian, basuh rambut menggunakan perapi yang melembabkan rambut secara dalam.
7. Lakukan kaedah ini sebanyak seminggu sekali untuk mengawal pembentukan kelemumur.
Kaedah Ketiga.
1. Ambil 3 hingga 5 sudu minyak kelapa dan letakkan ke kulit kepala.
2. Urut kulit kepala dengan lembut selama beberapa minit.
3. Biarkan selama semalaman.
4. Basuh rambut pada keesokan pagi dengan menggunakan syampu tanpa menggunakan sebarang perapi rambut.
5. Lakukan kaedah ini setiap hari selama lima hingga tujuh hari untuk menghilangkan kelemumur daripada rambut.
2. Minyak Kelapa dan Minyak Rosemary.
Kaedah Pertama.
1. Dapatkan sedikit minyak rosemary dan campurkan beberapa titik minyak kelapa ke dalamnya.
2. Kacau atau goncang sehingga sebati sebelum dituangkan ke kulit kepala.
3. Biarkan selama beberapa minit dan basuh rambut menggunakan air bersih.
4. Ulang kaedah ini pada hari-hari yang lapang untuk menghilangkan kelemumur.
Kaedah Kedua.
1. Campurkan dua hingga tiga sudu minyak kelapa bersama dengan tiga hingga lima titik minyak rosemary.
2. Tuangkan campuran minyak kelapa dan minyak rosemay tersebut ke kulit kepala dan rambut sambil mengurut kulit kepala.
3. Balut rambut anda dengan menggunakan tuala hangat yang bersih dan biarkan selama sekurang-kurangnya setengah jam.
4. Basuh rambut anda dengan menggunakan syampu.
3. Minyak Kelapa dan Kapur Barus.
1. Campurkan satu sudu teh kapur barus (yang sudah dikisar atau hancur) bersama setengah cawan minyak kelapa.
2. Kacau sehingga sebati dan simpankan ke dalam sebuah bekas kedap udara.
3. Gunakan campuran kapur barus dan minyak kelapa ini untuk mengurut kulit kepala selama sepuluh minit.
4. Lakukan kaedah ini setiap malam sebelum tidur.
5. Teruskan melakukan kaedah ini selama dua minggu dan masalah kelemumur di kulit kepala anda akan dapat dikawal.
6. Sebagai nasihat, jika boleh, guna kapur barus yang asli dari pohonnya. Kapur barus yang dijual di pasaran biasanya ada campuran bahan kimia.
4. Minyak Kelapa dan Jus Lemon.
1. Campurkan dua sudu minyak teh bersama dengan satu sudu teh jus lemon.
2. Tuangkan campuran tersebut ke kulit kepala dan rambut.
3. Urut selama beberapa minit dan biarkan selama 20 hingga 30 minit.
4. Basuh dengan menggunakan syampu.
[Baca : Cara Menghilangkan Kelemumur Dengan Menggunakan Lemon]
5. Minyak Kelapa dan Minyak Lavender.
1. Campurkan dua sudu minyak kelapa bersama-sama dengan 20 hingga 22 titik minyak lavender.
2. Hangatkan campuran minyak kelapa dan minyak lavender tersebut menggunakan kuali atau oven. Pastikan jangan terlalu panas atau kulit anda akan melecur. Biarkan kehangatannya masih boleh ditahan oleh kulit anda.
3. Tuang atau sapu menggunakan jari campuran minyak kelapa dan minyak lavender yang sudah dihangatkan ke kulit kepala dan rambut.
4. Urut kulit kepala bersama campuran minyak tersebut selama sepuluh minit.
5. Tutup kepala anda menggunakan topi mandi atau tuala hangat yang bersih.
6. Biarkan selama setengah jam.
7. Basuh rambut anda menggunakan sedikit syampu dan air bersih.
8. Ulang kaedah ini sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu untuk mengatasi dan menghilangkan masalah kelemumur.
6. Minyak Kelapa, Minyak Zaitun, Madu dan Yogurt.
1. Campurkan dua sudu minyak kelapa, dua sudu minyak zaitun, tiga sudu yogurt dan dua sudu madu untuk dijadikan pes.
2. Letakkan pes daripada campuran-campuran tadi ke kulit kepala dan rambut menggunakan jari.
3. Urut kulit kepala selama sepuluh minit. Ia akan membantu untuk membuka pori-pori kulit kepala dan peredaran darah di kulit kepala akan menjadi lebih baik.
4. Biarkan selama 40 hingga 45 minit.
5. Basuh rambut anda menggunakan syampu.
6. Biarkan rambut anda kering dengan sendiri.
7. Titiskan empat hingga lima titik minyak kelapa di tapak tangan anda dan gosok tapak tangan anda agar minyak kelapa tersebut menjadi hangat.
8. Sapukan minyak kelapa di tapak tangan anda ke kulit kepala dan rambut.
9. Lakukan kaedah ini sekali dalam seminggu untuk menghilangkan kelemumur dengan lebih baik.
Itulah sahaja cara-cara menghilangkan kelemumur dengan menggunakan minyak kelapa. Keberkesanan mana-mana kaedah dalam post ini ini hanya boleh diketahui dengan mencubanya. Anda boleh mengeluarkan wang untuk membeli ubat atau produk syampu yang khas untuk menghilangkan kelemumur tetapi apa salahnya mencuba cara-cara yang lebih murah dan semula jadi. Anda juga boleh menggunakan cara-cara lain untuk menghilangkan kelemumur seperti dengan menggunakan garam atau lemon atau juga dengan menggunakan cuka. Jika masih tiada perubahan atau kelemumur anda cukup kronik, anda sangat disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor.