Friday, 9 June 2017

Cara Menghilangkan Kelemumur Dengan Menggunakan Minyak Zaitun

cara hilangkan kelemumur minyak zaitun
Setakat ini, belum ada penawar pasti untuk menghilangkan kelemumur walaupun cara-cara rawatan kelemumur sudah banyak antaranya syampu kelemumur. Tetapi, mengapa perlu bazir wang untuk membeli produk mahal jika anda boleh menggunakan cara mudah dan murah?

Minyak zaitun adalah minyak yang sihat. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat seperti untuk kecantikan dan kesihatan rambut, kulit, wajah dan lain-lain. Minyak zaitun juga dipercayai boleh merawat masalah kelemumur pada kulit kepala.

Mengapakah minyak zaitun boleh mengatasi masalah kelemumur? Ia adalah kerana minyak zaitun mempunyai pelbagai khasiat antaranya ialah vitamin A, vitamin E, vitamin K, anti-oksida dan sebagainya. Ia juga boleh melembabkan kulit kepala dan rambut. Kekeringan pada kulit kepala akan membuatkan kulit kepala menghasilkan sebum lebih sebagai pelembab sendiri yang mana akan menyebabkan jangkitan bakteria dan kelemumur. Artikel sebelum ini sudah menjelaskan perkara ini.

Minyak zaitun juga terbukti dapat merangsang peraliran darah dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia juga melindungi folikel-folikel dan akar rambut dan menguatkannya. Polifenol yang terdapat dalam minyak zaitun dapat membersihkan rambut secara lebih dalam berbanding kebanyakan syampu. Tidak dinafikan, bahan ini sememangnya anti-radang.

Cara-cara Menghilangkan Kelemumur Dengan Menggunakan Minyak Zaitun.
1. Minyak Zaitun Sahaja.

cara hilangkan kelemumur minyak zaitun

Minyak zaitun boleh melembabkan kulit kepala dan mendorong pertumbuhan rambut yang sihat.

1. Hangatkan minyak zaitun extra virgin. Jangan terlalu hangat kerana anda akan gunakannya di kulit kepala.

2. Gunakan jari untuk celup dan sapu minyak zaitun tadi ke kulit ke kepala. Lalu urut secara membulat selama lima minit.

3. Balut rambut dengan menggunakan tuala bersih dan biarkan selama setengah jam atau semalaman.

4. Basuh rambut dengan air bersih.

5. Ulang setiap hari selama seminggu.

6. Jika kelemumur anda cukup teruk atau kronik, tunggu lagi selama dua hingga tiga hari sebelum melakukannya semula selama seminggu.

2. Minyak Zaitun dan Halia

cara hilangkan kelemumur minyak zaitun dan halia

Halia dapat membunuh kulat penyebab kelemumur.

1.  Campurkan satu sudu halia yang sudah diparut bersama satu sudu minyak zaitun hangat. Seperti biasa, jangan terlalu hangat.

2. Tuangkan ke kulit kepala dan urut lalu biarkan selama sepuluh minit.

3. Basuh menggunakan air bersih dan sedikit syampu.

3. Minyak Zaitun dan Lada Hitam.
cara hilangkan kelemumur minyak zaitun dan lada hitam

Lada hitam mengandungi selenium dan zink yang boleh membantu menentang pembentukan kelemumur di samping dapat menggalakkan kulit kepala yang sihat.

1. Campurkan satu sudu teh lada hitam bersama dengan tiga sudu teh minyak zaitun extra virgin.

2. Gunakannya untuk mengurut kulit kepala secara membulat.

3. Biarkan selama sejam atau semalaman.

4. Basuh rambut dengan sedikit syampu.

5. Ulang kaedah ini setiap malam.

4. Minyak Zaitun dan Madu.

cara hilangkan kelemumur minyak zaitun dan madu asli

Madu adalah makanan yang berkhasiat. Ia terbukti dapat mencantikkan kulit dan mengandungi anti-radang. Ia juga adalah pelembab semula jadi yang boleh digunakan terhadap rambut dan kulit kepala.

Kaedah Pertama.

1. Hangatkan setengah cawan minyak zaitun extra virgin dan campurkan bersama dua sudu teh madu asli.

2. Gunakannya untuk mengurut kulit kepala dan biarkan selama 10 hingga 15 minit.

3. Basuh menggunakan syampu berasaskan herba dan balut kepala menggunakan tuala hangat.

4. Ulang setiap hari.

Kaedah Kedua.

1. Campurkan dua sudu madu dan minyak zaitun bersama sebiji kuning telur.

2. Tuangkan ke kulit kepala dan biarkan selama setengah jam.

3. Basuh rambut dengan menggunakan air suam dan sedikit syampu yang tidak pekat.

4. Ulang tiga kali seminggu.

5. Minyak Zaitun dan Minyak Kelapa.
cara hilangkan kelemumur minyak zaitun dan kelapa

Minyak kelapa boleh melembabkan kulit kepala dengan lebih dalam serta mengandungi anti-kulat yang boleh menentang kulat penyebab kelemumur.

1. Campurkan minyak kelapa dan minyak zaiutun secara sama rata.

2. Tuangkan ke rambut dari akar hingga hujung rambut termasuk kulit kepala.

3. Tutup menggunakan topi mandi atau tuala hangat. Lebih digalakkan menggunakan topi mandi.

4. Biarkan selama dua jam dan bersihkan menggunakan air dan syampu kurang pekat yang berasaskan herba

[Baca : Cara Menghilangkan Kelemumur Dengan Menggunakan Minyak Kelapa]

6. Minyak Zaitun dan Telur.
cara hilangkan kelemumur minyak zaitun dan telur

Sulfur, protein dan lesitin dalam telur boleh membantu melembabkan kulit kepala, menguatkan rambut serta membunuh kulat penyebab kelemumur.

Kaedah Pertama.

1. Campurkan dua biji telur dan empat sudu minyak zaitun extra virgin dan kacau sehingga sebati.

2. Tuangkan ke kulit kepala dan urut secara membulat selama sepuluh minit.

3. Balut rambut dengan menggunakan tuala bersih dan biarkan selama 30 hingga 40 minit.

4. Basuh rambut dengan menggunakan air suam dan syampu seperti biasa.

5. Ulang kaedah ini setiap hari.

Kaedah Kedua.

1. Campurkan sebiji kuning telur, satu sudu teh serbuk penaik (baking soda) dan satu sudu minyak zaitun yang sudah dihangatkan.

2. Kacau sehingga sebati dan tuangkan lalu urut kulit kepala.

3. Basuh menggunakan air suam setelah 35 minit berlalu.

4. Ulang dua kali seminggu.

7. Minyak Zaitun dan Jus Lemon.
cara hilangkan kelemumur minyak zaitun dan jus lemon

Lemon mengandungi asid sitrik dan vitamin C yang boleh menentang kelemumur. Ia juga mengandungi anti-oksida dan vitamin yang boleh menggalakkan kesihatan kulit kepala dan rambut.

1. Campurkan satu sudu teh jus lemon yang masih segar bersama minyak zaitun.

2. Tuangkan lalu urut kulit kepala dengan lembut selama beberapa minit untuk menyebarkannya ke seluruh kulit kepala.

3. Biarkan selama semalaman.

4. Basuh rambut dengan menggunakan air bersih diikuti dengan syampu pada keesokan paginya.

5. Ulang setiap hari.

[Baca: Cara Menghilangkan Kelemumur Dengan Menggunakan Lemon]

8. Minyak Zaitun dan Kunyit.
cara hilangkan kelemumur minyak zaitun dan kunyit

Kunyit boleh membunuh kuman dan juga boleh menentang keradangan. Ia juga mengandungi anti-oksida dan boleh menguatkan rambut.

1. Campurkan satu sudu teh serbuk kunyit bersama dengan dua sudu minyak zaitun extra virgin.

2. Kacau dan tuangkan ke kulit kepala.

3. Urut kulit kepala secara membulat dan biarkan selama 30 hingga 45 minit.

4. Bersihkan rambut dengan menggunakan syampu dan air bersih sepert biasa.

5. Ulang kaedah ini setiap hari.

9. Minyak Zaitun dan Cuka Sider Epal.

cara hilangkan kelemumur minyak zaitun dan cuka sider epal

Cuka sider epal atau apple cider vinegar mengandungi enzim, asid asetik dan asid mallic yang boleh membunuh bakteria dan kulat penyebab kelemumur. Ia juga boleh mengimbangkan tahap pH kulit kepala.

1. Campurkan dua sudu minyak zaitun dan dua sudu cuka sider epal dan kacaukan.

2. Gunakannya untuk mengurut kulit kepala secara membulat dan biarkan selama 20 hingga 30 minit.

3. Bersihkan rambut seperti biasa. Pastikan rambut anda betul-betul bersih daripada cuka tersebut.

4. Ulang setiap hari.

5. Sebagai peringatan, cuka boleh menyebabkan rasa pedih. Pastikan anda cuci rambut sehingga betul-betul bersih dan elakkan daripada terkena kepala. Uji cuka ke kulit anda untuk memastikan kulit anda tidak terlalu sensitif. Elakkan daripada terkena mata.

[Baca: Cara Menghilangkan Kelemumur Dengan Menggunakan Cuka]

10. Minyak Zaitun dan Buah Alpukat serta Madu Asli.

cara hilangkan kelemumur minyak zaitun dan alpukat atau avocado

Buah alpukat atau avocado mengandungi vitamin, mineral dan minyak semula jadi yang menyuburkan kulit kepala dan rambut.

1. Kisarkan sebiji buah alpukat yang sudah masak bersama dengan dua sudu minyak zaitun extra virgin dan satu sudu teh madu asli sehingga sebati.

2. Tuangkan ke kulit kepala dan urut secara membulat dan biarkan selama 30 hingga 35 minit.

3. Bersihkan rambut dengan menggunakan air suam dan syampu kurang pekat.

4. Ulang tiga kali seminggu.

Itulah sepuluh cara menghilangkan kelemumur dengan menggunakan minyak zaitun. Sebagai peringatan, jangan gunakan pengering rambut, gunakan minyak zaitun extra virgin yang organik. Minyak zaitun boleh digunakan untuk kelemumur pada bayi namun jangan campurkan cuka atau lemon atau serbuk penaik (baking soda) dan lain-lain bahan. Sebaiknya gunakan minyak zaitun sahaja untuk bayi (jangan hangatkan minyak). Jika kaedah ini tidak berkesan atau kelemumur anda semakin teruk atau kronik, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor.