Monday 9 October 2017

Tips dan Cara Menghilangkan Kelemumur Berkuping

kelemumur berkuping
Kelemumur berkuping adalah masalah biasa kepada golongan remaja dan orang dewasa. Kelemumur berkuping atau berkeping tidak sama seperti kelemumur biasa. Kelemumur berkuping mungkin tidak sebanyak kelemumur biasa, namun saiznya lebih besar menyebabkan ia lebih mudah dilihat.

Sunday 25 June 2017

Cara Merawat dan Mengatasi Masalah Rambut Gugur

cara merawat rambut gugur
Rambut gugur adalah satu keadaan rambut yang biasa dihidapi oleh hampir semua orang. Secara purata, sebanyak 50 hingga 100 rambut gugur setiap hari. Walaupun tidak menyakitkan, namun ia boleh menyebabkan kita berasa sangat tidak selesa apabila rambut yang gugur membuat suasana rumah atau bilik kelihatan seperti kurang bersih. Lebih teruk lagi, bila ia terjatuh ke dalam makanan.

Sunday 18 June 2017

Punca Kelemumur Berdarah di Kulit Kepala

kelemumur berdarah di kepala
gambar hanya sekadar hiasan.
Kelemumur adalah masalah biasa. Ia sering menyebabkan kegatalan di kulit kepala. Namun, ada masanya kelemumur menjadi berdarah. Kelemumur secara logiknya sudah tentu tidak berdarah. Yang berdarah sebenarnya adalah kulit kepala. Ia biasanya terjadi apabila anda menggarunya terlalu kuat.

Thursday 15 June 2017

Adakah Kelemumur Punca Rambut Gugur?

adakah kelemumur punca rambut gugur
Kelemumur adalah masalah kulit kepala yang umum. Hampir semua lelaki dan perempuan yang akil baligh di dunia mengalami masalah kelemumur. Walaupun kelemumur boleh diatasi dengan pelbagai cara, namun ada kalanya kelemumur boleh menjadi kronik sehingga ada masanya menyebabkan rambut gugur.

Sunday 11 June 2017

Cara Menghilangkan Kelemumur Dengan Gel Lidah Buaya

cara menghilangkan kelemumur gel lidah buaya aloe vera
Kelemumur biasanya disebabkan oleh kekeringan, mikroorganisma, musim dan penyakit seperti Dermatitis Seborrheic. Ada sesetengah orang yang mengalami kelemumur yang teruk atau kronik sehingga menyebabkan kerengsaan pada kulit kepala, kegatalan yang melampau dan kulit kepala yang berdarah akibat luka menggaru dengan terlalu banyak dan kuat.

Friday 9 June 2017

Cara Menghilangkan Kelemumur Dengan Menggunakan Minyak Zaitun

cara hilangkan kelemumur minyak zaitun
Setakat ini, belum ada penawar pasti untuk menghilangkan kelemumur walaupun cara-cara rawatan kelemumur sudah banyak antaranya syampu kelemumur. Tetapi, mengapa perlu bazir wang untuk membeli produk mahal jika anda boleh menggunakan cara mudah dan murah?

Thursday 8 June 2017

Cara Menghilangkan Kelemumur Dengan Minyak Kelapa

cara menghilangkan kelemumur minyak kelapa
Biasanya, kelemumur berpunca daripada kulit kepala mengelupas kerana kering. Ia juga disebabkan minyak yang berlebihan, sejenis mikoorganisma seperti kulat dan bakteria. Kadangkala, kelemumur juga menyebabkan kemerahan pada kulit kepala, kerengsaan kulit dan kegatalan.

Cara Menghilangkan Kelemumur Dengan Menggunakan Lemon

cara menghilangkan kelemumur lemon
Lemon adalah salah-satu bahan semula jadi yang berkesan untuk kecantikan kulit. Selain untuk masalah kelemumur, lemon telah digunakan untuk merawat masalah jerawat, mengatasi kulit gelap, membuang sel kulit mati dan sebagainya. Ia juga digunakan untuk mengatasi masalah bau jadi tidak hairanlah ia selalu digunakan untuk dijadikan sabun pencuci pinggan atau sabun badan.

Monday 5 June 2017

Cara Menghilangkan Kelemumur Dengan Menggunakan Cuka

cara menghilangkan kelemumur cuka
Kadangkala, bukan mudah untuk mengatasi masalah kelemumur di kulit kepala. Kelemumur juga boleh menjadi kronik apabila ia juga menyebabkan kemerahan dan kerengsaan pada kulit kepala dan membuatkan penghidap kelemumur berasa tidak selesa kerana berasa terlalu gatal.

Saturday 3 June 2017

Cara Menghilangkan Kelemumur Menggunakan Garam

cara-hilang-kelemumur-garam
Kelemumur adalah masalah yang hampir dialamai oleh semua orang terutama yang sudah akil-baligh. Kelemumur yang juga selalu menyebabkan kegatalan pada kulit kepala boleh membuatkan mereka yang ada masalah kelemumur berasa kurang selesa. Oleh itu, kelemumur hendaklah dirawat terutama sekali jika sudah kronik.

Friday 2 June 2017

Apakah Itu Kelemumur dan Punca Kelemumur

apa-itu-kelemumur-punca
Kelemumur adalah masalah umum pada kulit kepala. Kelemumur juga menyebabkan ketidakselesaan pada kulit kepala dan kadangkala atau selalu menjadi faktor gangguan psikologi apabila penghidap kelemumur yang kronik hilang keyakinan diri dan sukar untuk bergaul dengan masyarakat.