Thursday, 8 June 2017

Cara Menghilangkan Kelemumur Dengan Menggunakan Lemon

cara menghilangkan kelemumur lemon
Lemon adalah salah-satu bahan semula jadi yang berkesan untuk kecantikan kulit. Selain untuk masalah kelemumur, lemon telah digunakan untuk merawat masalah jerawat, mengatasi kulit gelap, membuang sel kulit mati dan sebagainya. Ia juga digunakan untuk mengatasi masalah bau jadi tidak hairanlah ia selalu digunakan untuk dijadikan sabun pencuci pinggan atau sabun badan.

Seperti yang dinyatakan tadi, lemon boleh menyingkirkan kulit mati. Bermakna ia juga boleh menyingkirkan kelemumur di kulit kepala di samping boleh digunakan untuk menghilangkan parut, membunuh bakteria, membina semula kulit dan sebagainya. Untuk kelemumur, lemon mengandungi bahan anti-kulat dan boleh melawan kulat penyebab kelemumur di kulit kepala.

Lemon juga mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang boleh menentang kelemumur. Buah ini juga mengandungi antioksida dan vitamin yang boleh mendorong kesihatan kulit kepala dan rambut. Di samping itu, lemon juga boleh menyingkirkan sisa-sisa sabun, syampu atau mana-mana bahan kimia dari produk sabun dan syampu.

Walaubagaimanapun, sebagai peringatan, lemon boleh membuatkan kulit anda lebih sensitif terhadap radiasi UV dari sinaran matahari jika anda kerap menggunakan lemon. Jadi, ada baiknya anda menjauhkan diri dari cahaya matahari buat sementara waktu atau memakai topi jika anda guna lemon untuk kulit kepala. Walaupun ada rambut yang menutupi kulit kepala, anda hendaklah lebih berhati-hati kerana biasanya masih ada sedikit kawasan kulit kepala yang tidak ditutupi rambut. Selain kulit kepala, kawasan kulit di tubuh anda juga harus dilindungi terutama mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif.

(IKLAN: Hilangkan Kelemumur dengan Maple Holistics Sage Shampoo)
 
Sebagai peringatan lagi, pastikan anda uji dahulu bahan-bahan yang mengandungi lemon seperti yang diterangkan di dalam artikel ini untuk memastikan kulit anda tidak sensitif dan untuk mengelakkan kerengsaan kulit.

Cara-cara Untuk Menghilangkan Kelemumur Dengan Menggunakan Lemon.

1. Jus Lemon dan Minyak Kelapa.

Minyak kelapa mengandungi bahan pelembab dalam yang boleh mengatasi masalah kulit kepala kering dan kelemumur. Kedua-dua jus lemon dan minyak kelapa adalah bahan anti-bakteria di samping boleh menentang kelemumur daripada kulat.

Kaedah Pertama.

1. Campurkan dua sudu minyak kelapa suam dan satu sudu teh jus lemon lalu gunakannya untuk mengurut kulit kepala.

2. Biarkan selama sejam kemudian balut rambut anda dengan menggunakan tuala hangat.

3. Biarkan selama 20 minit dan cuci rambut anda dengan menggunakan syampu kurang pekat.

4. Untuk hasil yang lebih memuaskan, anda boleh tambah jus buah anggur.

Kaedah Kedua.

1. Campurkan satu sudu teh jus lemon dan dua sudu minyak kelapa bersama air suam.

2. Tuang dan urut menggunakan campuran tersebut selama beberapa minit lalu biarkan semalaman.

3. Basuh rambut anda pada keesokan pagi.

2. Kulit Lemon dan Minyak Kelapa.

1. Campurkan kulit lemon dan minyak kelapa di dalam sebuah bekas kaca yang bersih.

2. Jemur di bawah sinaran matahari selama 10 hari.

3. Ambil kulit lemon tersebut dan letakkan di kulit kepala sambil mengurutnya dengan lembut.

4. Biarkan semalam dan basuh rambut pada keesokan pagi.

5. Ulang kaedah ini beberapa kali.

3. Jus Lemon, Halia dan Minyak Zaitun.

Halia adalah tumbuhan anti-bakteria bermakna ia boleh digunakan untuk membunuh kuman. Ia juga anti-kulat dan anti-radang manakala minyak zaitun boleh menguatkan dan menyuburkan kulit kepala dan rambut. Dengan campuran jus lemon, minyak zaitun dan haloaia, kelemumur akan lebih mudah untuk dihilangkan daripada kulit kepala di samping dapat mencegah kelemumur.

Kaedah Pertama.

1. Kupas dan kisar akar halia untuk mendapatkan jusnya.

2. Campurkan jus daripada akar halia bersama jus lemon segar dan minyak zaitun. Kuantiti hendaklah sama.

3. Kacau sehingga sebati lalu sapukan di kulit kepala dengan mengurutnya dengan lembut.

4. Tunggu dalam 30 hingga 45 minit sebelum dibasuh dengan menggunakan air bersih.

Kaedah Kedua.

1. Campurkan satu sudu teh jus lemon yang masih segar dengan minyak zaitun extra virgin.

2. Sapukan campuran ini ke kulit kepala dan rambut.

3. Balut kepala anda dengan tuala bersih dan biarkan selama satu malam.

4. Basuh dengan menggunakan air bersih pada keesokan pagi.

5. Ulang proses yang sama selalu.

4. Jus Lemon dan Telur.

Telur mengandungi pelbagai nutrien termasuklah protein yang boleh menyuburkan kulit kepala. Ia juga boleh menghalang kekeringan, kegatalan dan keradangan yang mana merupakan antara gejala kelemumur kronik.

Kaedah Pertama.

1. Pecahkan sebiji telur dan kacau bersama satu sudu jus lemon segar.

2. Kacau sehingga sebati dan tuangkan ke rambut.

3. Biarkan selama 15 hingga 20 minit kemudian bilas rambut anda. Anda boleh menggunakan sedikit syampu untuk menghilangkan bau telur.

Kaedah Kedua.

(IKLAN: Hilangkan Kelemumur dengan Maple Holistics Sage Shampoo)

1. Pecahkan sebiji telur dan dapatkan putih telur tersebut.

2. Campurkan putih telur bersama jus daripada sebiji lemon saiz sederhana.

3. Tuangkan campurkan ini ke kulit kepala sambil mengurutnya dan basuh menggunakan sedikit syampu.

4. Gunakan air lemon sebagai bilasan terakhir.

Kaedah Ketiga.

1. Campurkan jus daripada sebiji lemon dan sebiji telur bersama tiga sudu serbuk inai untuk membuat pes.

2. Gunakan pes itu untuk mengurut kulit kepala dengan lembut.

3. Basuh selepas 15 hingga 20 minit.

4. Ulang proses ini sekerap yang anda perlukan.

5. Jus Lemon dan Cuka Sider Epal.

Di dalam artikel sebelum ini, cuka sider epal atau apple cider vinegar juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Cuka ini mengandungi asid asetik yang boleh membunuh kulat yang menyebabkan kelemumur dan juga boleh menyingkirkan sel-sel kulit mati di kulit kepala di samping boleh menghalang kekeringan dan kegatalan. Dengan mencampurkan jus lemon dan cuka sider epal, kelemumur dapat diatasi dengan lebih mudah dan berkesan.

1. Campurkan empat sudu cuka sider epal bersama dua sudu jus lemon segar.

2. Serapkan dengan menggunakan bebola kapas lalu sapukan ke kulit kepala.

3. Ulang kaedah ini sekerap yang anda rasa perlu.

6. Lemon dan Madu.

Madu bukan sahaja anti-bakteria, tetapi ia juga sangat berkhasiat. Selain kelemumur, madu juga boleh digunakan untuk kecantikan kulit wajah kerana ia dapat merawat jerawat, dan juga menghilangkan parut bekas jerawat. Untuk masalah kelemumur, madu dan lemon boleh membantu membersihkan rambut.

1. Campurkan dua sudu teh jus lemon segar bersama lima sudu teh madu asli.

2. Tambah air dan kacau sehingga sebati.

(IKLAN: Hilangkan Kelemumur dengan Maple Holistics Sage Shampoo)

3. Tuangkan campuran jus lemon segar dan madu asli tersebut ke rambut sambil mengurut kulit kepala dengan lembut. Kemudian, basuh dengan menggunakan air bersih.

7. Lemon dan Lidah Buaya.

Lidah buaya atau aloe vera adalah tumbuhan yang mengandungi bahan anti-bakteria dan anti-kulat yang boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Sama seperti madu, lidah buaya juga boleh digunakan untuk kecantikan kulit.

1. Campurkan gel lidah buaya yang masih segar bersama jus lemon.

2. Sapukan ke kulit kepala.

3. Biarkan dalam masa sejam dan basuh rambut anda menggunakan air bersih dan syampu.

4. Ulang proses ini seberapa kerap yang perlu.

5. Jika anda rasa pedih, cuba campurkan satu sudu yogurt atau minyak zaitun atau cuba cara lain.

8. Lemon dan Timun.

1. Kupas sebiji lemon dan sebiji timun.

2. Kisarkan keduanya untuk membuat pes.

3. Gunakan pes itu untuk mengurut kulit kepala. Kemudian basuh menggunakan air sehingga bersih.

4. Ulang sekerap yang anda rasa perlu.

Itulah lapan cara menggunakan lemon untuk menghilangkan kelemumur di kulit kepala. Sekali diingatkan, uji dahulu mana-mana bahan yang mengandungi lemon untuk memastikan kulit anda tidak sensitif dan untuk mengelakkan kerengsaan. Berhati-hati agar bahan yang anda cuba tidak masuk ke dalam luka dan mata. Anda boleh gunakan pelindung mata jika perlu. Jika mana-mana kaedah tidak berkesan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mengatasi masalah kelemumur.

(IKLAN: Hilangkan Kelemumur dengan Maple Holistics Sage Shampoo)