BACA SAYA

ubat-syampu-kelemumur
Atasi kelemumur anda dengan Maple Holistics Sage Shampoo! Tanpa membuang beratus ribu ringgit, anda boleh atasi masalah kelemumur di kulit kepala anda dengan syampu ini.

Cara menggunakannya cukup mudah. Anda hanya perlu menggunakan mensyampu seluruh kulit kepala anda dengan syampu ini dan biarkan selama 3 minit sebelum bilas.

Tidak perlu risau mengenai sebarang campuran bahan kimia dalam Maple Holistics Sage Shampoo kerana syampu ini, 100% bahan asli.

Bahan utama yang terdapat dalam syampu ini sudah tentu adalah daun sage, yang mana kaya dengan potasium, sodium serta vitamin A, B dan C.

Salah-satu faktor kelemumur ialah kulat, yang mana menyebabkan kulit kepala mengelupas dan gatal. Daun sage merupakan agen anti-kulat yang mana bermaksud ia juga dapat mencegah kelemumur sebelum merebak atau kronik. Daun sage juga tumbuhan antiseptik yang mana dapat membunuh kuman penyebab kelemumur dan meredakan gatal-gatal akibat kuman kelemumur. Dan sudah tentu, dapat membuatkan kepala lebih bersih.

Maple Holistics Sage Shampoo juga mengandungi rosemary. Campuran daun sage dengan rosemary dapat membantu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut baru. Rosemary juga boleh membunuh kuman dan membersihkan liang pori-pori.

Syampu ini bukan sahaja mengandungi daun sage dan rosemary. Ia juga mengandungi minyak pokok teh (tea tree oil), ekstak pic kernel (kernel peach), minyak jojoba, keratin botani (botanical keratin), dan ekstrak spikenard. Campuran bahan-bahan ini termasuk rosemary, menghasilkan formula hypoallergenic yang telah diuji dan berkesan mengurangkan pelupasan kulit mati, menggalakkan kitaran pembaharuan sel, mengurangkan bakteria dan radang kulit kepala.

Jika anda ada baca artikel tentang cara menghilangkan kelemumur menggunakan lemon atau gel lidah buaya, anda akan dapati tea tree oil dapat membantu mengatasi kelemumur kerana ia mengandungi anti-kulat, antiseptik dan anti bakteria. Di samping itu, tea tree oil berkesan untuk menjadikan rambut dan kulit kepala lebih subur. Maple Holistics Sage Shampoo mengandungi bahan ini. Bermakna rambut anda akan lebih subur.

Minyak jojoba yang dikombinasikan dengan minyak argan pula menjadi akan membantu melembabkan kulit kepala dan mengatasi kekeringan kulit kepala yang mana merupakan antara punca pembentukan kelemumur. Malah, jika anda mahu, anda tidak perlukan perapi rambut lagi kerana syampu ini sudah cukup untuk merapikan rambut.

Pendek kata, Maple Holistics Sage Shampoo ini menganduni kelebihan-kelebihan berikut:

✓ Tidak perlu lagi perapi rambut.
✓ Dapat membunuh kuman.
✓ Menggalakkan pertumbuhan rambut baru.
✓ Mengatasi kekeringan kulit kepala.
✓ Sesuai untuk lelaki dan perempuan.
✓ 100% bahan semula jadi.
✓ Sesuai untuk semua jenis rambut......kecuali rambut palsu.
✓ Selamat digunakan setiap hari tetapi jika ingin berjimat, boleh guna dua kali seminggu sahaja dan masih efektif.


Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan Maple Holistics Sage dengan harga $9.45 (Dollar Amerika Syarikat) di Amazon.com. Silakan KLIK SINI untuk membelinya.

Atau.... jika anda inginkan alternatif yang lebih murah, dapatkan berus khas untuk kulit kepala yang mana digunakan untuk membuang kelemumur daripada kulit kepala dengan memberusnya.

berus kelemumur
Dapatkan berus khas untuk kulit kepala di LINK INI dengan harga $3.40.

Ini hanyalah sekadar promosi sahaja. Jika kelemumur anda masih teruk, silakan berjumpa doktor.